kita takkan pernah sedar kasih sayangnya terhadap kita sehingga kasih sayangnya beralih kepada yang lain.
kita takkan pernah sedar pengorbanannya sehingga dirinya berhenti berkorban untuk kita.
kita takkan pernah sedar pengertian dirinya dalam hidup kita sehingga dirinya tiada lagi menemani kita.
apa yang kita hendak sebenarnya dalam kehidupan ini.
kasih sayang
pengorbanan
keikhlasan
kesetiaan
dan apa lagi ???????????
ia bukan sahaja pada kekasih tetapi juga keluarga dan kawan2. kita takkan pernah sedar semua ni sehingga ianya tiada lagi dalam hidup kita. itulah kita, seorang manusia seorang makhluk dan seorang insan yang lemah. semua orang tahu akan kenyataan itu. tp pernah kita nilai semua tu??. tak kita cuma tahu, tapi tak pernah cuba untuk munasabah diri kita sendiri. kita rasa kita bagus tp orang lain rasa?? kita nilai orang lain. tp orang nilai kita? kita sume sama. tak perlulah na pandang org terlalu tinggi sehingga merendah- rendahkan diri sendiri. tetapi usahlah terlalu membangga diri sehingga merendahkan yang lain. kerana hidup ini mudah dan simple.
usahlah terlalu merancang dan memaksa akhirnya sendiri terkena, terluka dan apa2 lagi yang ter.. jalani hidup ini dengan baik dan hargainya dengan sebaik2nya. sebab kita takkan tahu apa yang akan jadi akan datang. sape tahu akan datang lebih baik dari sekarang. tp bagaimana sekiranya apa yang berlaku akan datang akan lebih teruk dari sekarang.. same2 lah kita hargai dan jalani hidup kita kini dengan sebaik2nya.. insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar..
