Nov 24, 2015

Andai

Andai esok ada cinta buatku.
Aku tidak mahu banyak.
Cukup la dia menerimaku apa adanya.
Manjaku, marahku, sifatku, kekuranganku apa adanya.
Selalu menyayangi ku lebih dari dirinya.
Setia denganku tanpa hadnya.
Menyayangi aku apa adanya.
Kerna aku tidak pernah sempurna

Andai esok ada cinta buatku.
Akan aku semai kebahagian atas dasar percaya yang tiada penghujungnya.
Kerna setiaku hanya untuk yang terakhir kalinya.
Kerna sayangku cuma untuk yang berhak cuma.
Sekali lagi pintaku.
Sayangi aku apa adanya..

Andai esok cinta hadir menemaniku.
Pintaku padamu wahai sang pencinta,
Sayangilah aku apa adanya.
kerna diri ini tidak pernah sempurna.
Bahagiakanlah diri ini lebih dari segalanya.
Supaya aku tahu bahagia itu bukanlah sementara yang dihadirkan untuk aku melupakan kesakitan yang tidak pernah lari dari kunjung tiba.

Tapi..

Andai tiada lagi cinta buatku..
Pintaku cuma...
Jangan pernah kau singgah lg walau untuk sementara.

Kerana tidak tertanggung lagi rasa sepi yang terus mengerumuni.
Luka yang tidak pernah sembuh baiknya.






STALKER

kenapa wujud stalker dalam dunia nie? sebab wujudnya perasaan cemburu. aq tau benda nie biasa dikaitkan dalam hubungan. sebab ape dy stalk ko ko stalk dy. sebab takde rasa percaya. done with it.

macam mana hubungan tu nak bertahan lama kalo takde percaya. cuba bgth. aq boleh try practikkan. selagi ade percaya selagi tu akan ade sayang yang tulus ikhlas dr hati yang suci murni tanpa sebarang cela. tapi kalo ade sayang semata, kepercayaan tiada jaminan.

perempuan nie sifatnya lemah lembut.
kadang2 nak lukakan hati dy sendiri pun dy tak sanggup. tau tak?
dy takkan stalk selagi dy percaya.
tp byle dy start stalk maknanya faham sendiri la.
kepercayaan tu dah luntur.
dan percaya la akan semakin luntur luntur dan akhirnya hilang.
tau sebab ape?

sebab stalk tu adalah benda yang paling menyakitkan dalam hidup.
tak percaya? try la
dr taktahu apa2..
jadi tahu banyak benda.
kisah ape benda tu baru ke lama ke sejak azali ke. kisah?

sebab sifat dy yang lemah lembut tu la.
dy pendam. alasan.. taknak bergaduh.. sayang hubungan..
sebenarnya.. dalam diam.. makan hati..

lama2.. bila percaya dah takde.. sayang akan hilang tanpa kesan.

kenapa dirobek kepercayaan yang terbina hanya kerana secalit kesilapan.
kepercayaan wujud atas dasar sayang yang tiada berpenghujung.

stalk memerlukan hati yang kental sebab apa yang bakal dijumpai bakal meragut segala kebahagiaan yang telah terbina.
maaf..
sakitnya tidak terkira.. tidak terperi zahirnya..
walau cerita lama.

bahagia yang dibina.. semakin hampir ke penghujung.
sayang yang terjalin.. sedang bertarung untuk terus teguh bangkit menyokong yang lainnya.
percaya yang teguh.. cair ibarat lilin. yang akhirnya membakar diri sendiri.

sakitnya.. tidak digambar dengan kata2.
hanya deraian air mata ditemani sang senuyuman teguh menghiasi.

stalk itu sakit.
mengetahui kisah lama juga sakit.
cukup la sekadar menerima masa lampau serta menghargai apa adanya.

bukan tidak sudi mengenali masa lampaunya.
cuma tidak kuat menghadapi hasilnya
cukup la. menerima apa adanya dan membina sinar bahagia baru.

tapi sayang..
akhirnya terbuka juga.
akhirnya tahu juga.
akhirnya terasa jugak sakitnya..
kadang2 tak kuat nak hadapi.
semakin lama semakin hilang sinar yang baru.

maaf seribu kali sayang...

Nov 21, 2015

bahagia

Kadang2 Allah hadirkan rasa bahagia tu.
Walau untuk seketika.
Supaya kita rasa macam mana rasa bahagia tu.

Kadang2 Allah hadirkan rasa bahagia tu.
Walau untuk seketika.
Supaya kita tahu macam mana nak buat orang rasa bahagia.
Walau kadang2 kita sendiri terluka.

Kadang2 Allah hadirkan rasa bahagia tu.
Walau untuk seketika.
Supaya kita tak mudah mengeluh bila disakiti.

Bahagia.
Satu ungkapan yang mampu buat bibir menguntum sebuah senyuman
tidak terlepas jua deraian air mata.
Tidak tergambar perasaannya,