Andai esok ada cinta buatku.
Aku tidak mahu banyak.
Cukup la dia menerimaku apa adanya.
Manjaku, marahku, sifatku, kekuranganku apa adanya.
Selalu menyayangi ku lebih dari dirinya.
Setia denganku tanpa hadnya.
Menyayangi aku apa adanya.
Kerna aku tidak pernah sempurna
Andai esok ada cinta buatku.
Akan aku semai kebahagian atas dasar percaya yang tiada penghujungnya.
Kerna setiaku hanya untuk yang terakhir kalinya.
Kerna sayangku cuma untuk yang berhak cuma.
Sekali lagi pintaku.
Sayangi aku apa adanya..
Andai esok cinta hadir menemaniku.
Pintaku padamu wahai sang pencinta,
Sayangilah aku apa adanya.
kerna diri ini tidak pernah sempurna.
Bahagiakanlah diri ini lebih dari segalanya.
Supaya aku tahu bahagia itu bukanlah sementara yang dihadirkan untuk aku melupakan kesakitan yang tidak pernah lari dari kunjung tiba.
Tapi..
Andai tiada lagi cinta buatku..
Pintaku cuma...
Jangan pernah kau singgah lg walau untuk sementara.
Kerana tidak tertanggung lagi rasa sepi yang terus mengerumuni.
Luka yang tidak pernah sembuh baiknya.